* Harga dibawah termasuk baju round neck
** Harga boleh runding
Baju Putih
1 helai kanak-kanak (A4) : RM 18-20
1 helai dewasa (A4) : RM 22-25
Baju warna (cetakan warna putih sebagai pelapis)
1 helai kanak-kanak (A4) : RM 22-25
1 helai dewasa (A4) : RM 25-30
PROMOSI PERCUMA EDIT GAMBAR!!!
Syarikat kami menyediakan perkhidmatan melakar, mendesign seterusnya
mencetak baju dengan menggunakan Mesin DTG (Direct To Garment) yang
dapat mencetak design atau image terus kepada kain tshirt. Printing
jenis ini merupakan teknik yang paling sesuai untuk design jenis gambar
dan mempunyai tone warna. Ianya akan memberikan kesan efek yang lebih
jelas dan lebih menarik.
Kami sedia menerima
tempahan serendah SEHELAI sahaja untuk memberi peluang kepada sesiapa yang
ingin mencetak t-shirt dengan kuantiti yang sedikit...tidak banyak syarikat
printing t-shirt yang sedia menerima tempahan kurang dari 30 helai. Oleh itu cetaklah
baju anda dengan kami...
Tahukah anda teknik mencetak t-shirt menggunakan
DTG? DTG adalah singkatan kepada Direct To Garment. Printing jenis ini
merupakan teknik yang paling sesuai untuk design jenis gambar dan mempunyai
tone warna. Ianya akan memberikan kesan efek yang lebih jelas dan lebih
menarik. Ianya menggunakan satu mesin khas yang menggunakan
ink jenis inkjet. Berikut merupakan contoh gambar mesin DTG:-
Apa perbezaan antara Printing jenis
DTG dengan Silkscreen biasa ni?
Silk screen printing menggunakan bancuhan warna dye
secara manual dan ia diterapkan ke atas permukaan fabrik melalui “blok” yang
terdiri daripada frame kayu atau aluminium serta screen halus yang telah
tersedia imej. Sekiranya sesuatu rekabentuk terdapat 4 warna, maka perlulah
membuat 4 atau 5 blok. Ini bermakna setiap rekabentuk perlu malalui 4 atau 5
kali cetakan. Bagi rekabentuk yang mempunyai banyak warna atau ada tone colour,
kaedah pisah warna perlu dilakukan tetapi ia memerlukan kuantiti yang banyak
barulah berbaloi. Secara amnya silk screen printing sesuai untuk kuantiti yang
banyak.
Kalau DTG, apa sahaja warna yang ada pada design,
boleh print terus.... tak perlu buat blok warna lagi… Tetapi kosnya sangat tinggi
berbanding dengan Silkscreen. Tetapi, kalau nak print sehelai dua, better guna
DTG sahaja. Lagipun, untuk menjual tshirt di eBay, better guna
teknik printing jenis DTG.
UNTUK TEMPAHAN DAN PERTANYAAN KLIK DI SINI
UNTUK TEMPAHAN DAN PERTANYAAN KLIK DI SINI